Sunday, November 28, 2010

"SIAPA KEKASIH KITA"

Assalamualaikum....


Arini ana nk tulis tntg "SIAPA KEKASIH KITA"?....kebnykkan remaja skrg mesti akn ada yg rs kekurangan klau x da couple...mai ana bgtau kat korang semua yg semua org ada kekasih..korang jgnla sedih...kekasih ni x kan lari punya dri kita....dlm entri ni ana bgtau siapa Si Kekasih tu dan knpa Si Kekasih tu perlu kita pilih sbgai kekasih kita.....

Sebelum mula apa2 ana nk bgtau kat semua org kekasih tu apa....just nak kongsi pendpt ana...Bagi ana kekasih tu bknlah seorg lelaki @ perempuan yg mnjd couple,suami @ isteri...tapi bg ana kekasih tu ialah org yg berkongsi kasih dgn kita...contohnya klau satu jari ia akn dipanggil jari saja tpi klau bnyk jari ia dipanggil jemari....samala kalau satu ia dipanggil kasih tpi klau bnyk ia dipanggil kekasih....so melalui muqaddimah ni mesti ramai dah dpt agak kekasih apa yg ana maksudkan...ok,mari kita tgk satu persatu kekasih kita....

SIAPA kekasih kita dan KENAPA kita memilihnya?????


1) ALLAH.


mesti ramai dah agak jwpn ni yg akan tulis...ya bnda ni x dpt dinafikan langsung..Tpi ana just tulis ni nak ingatkan diri ana dan InsyaAllah org lain juga utk letakkan Allah sbgai kekasih teragung kita....jgn sesekali kita letakkan cinta lain mengatasi cinta kpd Allah...Kenapa kita perlu Allah cintakan Allah??? Analoginya,,kalau ada seseorg yg kita x prnh jumpa org ni tpi dia tahu semua apa yg kita perlukan...pastu tiap2 hari hantar kat kita bnda yg kita perlu tu...mesti dlm hati kita akan rs teringin nak jumpa org ni dan mesti kita akan sayang gila kat orang ni..ye tak?? Sama la,kita x pernah jumpa Allah pun dan kita x pernah bgtau kat Allah yg kita perlukan oksigen arini sbb arini nak bernafas..tanpa kita minta Allah bg kat kita..lg kita x pernah pun bgtau kat Allah yg kita nanti bila lahir kat dunia kita seorang bapa dan seorg ibu..Tapi Allah sediakan utk kita tanpa perlu kita minta....jadi x da sebab kita nak pinggirkan Allah sbgai kekasih kita...x da sebab utk kita bg utk tdk laksanakan perintah Allah...

So jdkanlah Allah kekasih yg teragung dlm diri kita...jgn risau x kan ada ruginya kalau kita bgtau kat suami @ isteri kita yg dia tu bkn kekasih pertama kita tapi kekasih pertama kita adlh Allah... kalau kita ditimpa ujian yg bnyk jgnlah kata "Allah x sayang aku"...never say that...Sbb Allah sayangla Allah beri ujian spya kita mngharapkan bantuan Allah dan dekat dgn Allah...Bnyk yg Allah beri kat kita tanda kasih sayang Allah pd kita...tpi apa yg kita beri???...Cara utk kita membls cinta Allah adlh dgn buat semua perintah Allah...jgnla kita semua cari alasan utk tdk laksanakan perintah Allah...Ingatlah Allah sentiasa sayang kita....



2) Rasulullah(Nabi Muhammad s.a.w)

lps Allah jd kekasih kita yg pertama,maka kekasih yg kedua mestilah pesuruh Allah....kalau kita sayang kwn kita kerana Allah mesti kita kan sayang family dia sekali spy hubungan kita dgn kwn kita tu kekal insyaAllah....begitu juga kalau kita dah sayang dan cintakan Allah, kita kena sayangkan kekasih Allah juga iaitu Nabi Muhammad....kenapa Rasulullah kena jd kekasih kita??? sbbnya Rasulullah sayang kita..x kan la kita x sayang org yg sayang kita...Allah sayang kita , Rasulullah sayang kita , so kita pun kenala sayang Allah dan pesuruh Allah..x adil la kalau org sayang kita tpi kita x sayang mereka,kita langgar cakap mereka...sangat x adil kalau mcm tu...


Rasulullah walaupun x pernah jumpa kita, x pernah pun duduk sebelah kita sembang2 dgn kita ,knl diri kita tpi Rasulullah sgt sayang dan cintakan kita...buktinya, waktu Rasulullah wafat nama kita yang Rasulullah sebut"ummati,ummati.ummati"...bknkah kita umat Rasulullah tu...lagi satu Rasulullah dah berjuang bersungguh2 utk bw agama Allah kat kita spya kita selamat dri api neraka ...x kanla kita x sayang dan cintakan Rasulullah....Ada satu kisah seorg sahabat dtg kpd Nabi dn tanya apa yg bleh bantu dia masuk syurga sbb dia kata dia x buat pun qiam tiap2 hari dia x pun solat lama2 @ bnyk puasa sunat ke...Tapi dia meletakkan cinta kpd Allah dan Rasul paling tinggi...maka Nabi ckp dia pasti akan bersama2 org yg dia cintai di syurga nanti..maknanya dia akan bersama Rasulullah la di syurga nanti...Kita manusia yg hina ni x nak ke masuk syurga...So ayuh cintakan Rasulullah dgn jga agama yg dibawanya dan buat sunnah Rasulullah....


3) Ibu bapa.

Ok slps kekasih prtama Allah dn kedua Rasulullah skrg kekasih kita yg ketiga mestila ibubapa kita...walaupun kita rasa ibubapa x sayang kita dan kita letak org lain seleps Allah dan Rasul dan bukannya ibubapa kita ,maka kita perlu ubati hati kita...Dengan izin Allah kita x kan lahir di dunia ni tanpa ibubapa kita..ingat..ingat..ingat....Sebelum kasihkan bapa kita kena letak kasih kpd ibu dlu...kalau ckap kekasih ketiga kita ibubapa ,jd kenapa mereka yg ketiga???


haa..sbbnya mesti semua org dah tahu,sbb mereka besarkan kita...haha jwpn biasa...ye la walaupun ramai yg tahu kita kena syangkan ibubapa sbb diaorg sayangkan kita tapi ramai juga yg tinggalkan ibubapa mereka bila dah tua...bkn waktu ibu bapa tua tapi waktu ibubapa masih muda pun anak2 terutama remaja sering tinggalkan ibubapa sendirian dgn alasan ibu suka bebel bapa suka marah..mana x marahnya dah kita yg jahat sangat....cuba kita letak diri kita dlm situasi ibubapa kita yg dah penat2 besarkan kita pastu bila kita besar dah ada akal sgt la kononnya kita bantah ckp diaorg ,tengking,melepak kat luar buat keja2 merepek....itu seperti kita dah khianati ibubapa kita...cubala bayangkan kwn karib kita khianati kita mcm tu la ibubapa rasa klau kita buat jahat....setiap ibu mengandung pasti ckp kat doktor sblm lahirkan ana supaya doktor cuba selamtkan anak diorang walaupun mereka hilang nyawa....lihatla nilai kita sama dgn nyawa ibu kita...x kan x leh letak ibubapa sbgai kekasih slps Allah dan Rasul...drpada letak pakwe @ makwe bkn diaorg bg apa2 pun......ingat..ingat dan kita mesti ingat Redha Allah trletak pd redha ibubapa.... 


.sbnrnya klau nk list satu2 bnyk kekasih kita sbnrnya...tpi ana kongsikan tntg kekasih kita yg 3 ni je sbb yg 3 ni yg paling utama...InsyaAllah klau kita jga ketiga2 kekasih kita ni kekasih kita yg lain akan turut terjaga juga...Ana just nak ulang sekali lagi yg kekasih x semestinya pasngan hidup sama ada lelaki @ perempuan tpi kekasih ialah org yg berkongsi kasih dgn kita,yang beri kasih sayang kpd kita dan menerima kasih sayang kita....


semga entri ini bermanfaat beri peringatan kpd diri ana yg pelupa dan semga dgn izin Allah beri manfaat kpd org lain

Friday, November 26, 2010

Untuk bakal teman hidupku, bacalah...


Bakal teman hidupku,Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.

Wednesday, November 24, 2010

Yahudi Gerun Keturunan Rasulullah

“SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya.” (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35) Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.

Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.

Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.

Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: “Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri.” (Riwayat at-Tabrani).
Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: “Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka.” (Surah al-Ahzab: 6)

Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: “Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga).” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya ‘tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya’.
Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.
Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.

Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya.” (Surah al-Ahzab: 33)
Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: “Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)

Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: “Janganlah kalian berselawat untukku dengan ‘Selawat Batra’. Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan ‘Selawat Batra?’. Baginda menjawab: “Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.
Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).

Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.

Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak ‘buku bertemu ruas’ protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: “… anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat ‘kad induk’ (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.

Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan ‘bangsawan meritrokasi’ yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: “Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta ‘ibu angkat’ yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.

Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja.” Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.

Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.

Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.

“Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau ‘bangsawan warisan’ itu. (Ahlul-Bait.. 442)

Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT. “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan.” (Surah Asy-Syura: 23). Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: “Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku.” Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.

Thursday, November 18, 2010

The Five Pillars Of Islam


Declaration of Faith

"There is none worthy of worship except God and Muhammad is His Messenger." This is the declaration of faith said when accepting Islam into one's life. It is called the Shahada. It is also repeated in all prayers. 



Prayers


The five daily prayers, or Salat, are obligatory, a direct link to God alone. There are set times for each prayer: Fajr is the dawn prayer; Zuhr is the midday or noon prayer; Asr is the late afternoon prayer; Maghrib is the sunset prayer; and Isha is the nighttime prayer. A muslim must perform ghusl or wudu before performing the prescribed prayer, or the prayer is invalid. These five prayers contain verses from the Qur'an, and are said in Arabic. Personal supplication can be offered in one's own language. It is preferrable to pray in a mosque, but this is often not possible. A Muslim can pray anywhere, such as at the office, at school, in a friend's home, in a field, etc. These prayers are a central part of a Muslim's daily life. 



Fasting

Fasting is not only a benefit to one's physical well-being, it is also a method of self-control, self-purification. Muslims are obligated to fast during the Holy Month of Ramadan. Fasting occurs between dawn and sundown, for a period of approximately 30 days. During these hours, one must abstain from food, drink and all sexual relations. Those who are sick, elderly, travelling, pregnant or nursing are exempt from fasting during this period. They can make up the number of days they missed later in the year. If a person is physically unable to make up the fast, they must feed a needy person for every day of fasting they missed. Children begin to fast (and observe daily prayers) from puberty, however many do start earlier than this. By cutting oneself off from worldly comforts, even for a short time, a fasting person gains true sympathy with those who go hungry, as well as growth in one's spiritual life.

"O you who believe! Fasting is prescribed for you as it was prescribed to those before you that you may learn self-restraint" (Quran 2:182) 



Zakaat


Zakaat, the religious tax which is known as alms, or the poor-due tax. One of the most important principles of Islam is that all things belong to Allah, therefore wealth is held by us in trust. The word "Zakat" means both purification and growth. Our possessions are purified for those in need, and, like the pruning of plants, this cutting back balances and encourages new growth. Each Muslim calculates his or her own zakat individually. For most purposes this involves the payment each year of 2 1/2% of one's capital. A pious person may also give as much as he or she pleases, and this is preferrably done in secret. 



Hajj

The Pilgrimage to Hajj, in the city of Mecca, is obligatory for all muslims who are physically and financially able to do so, at least once in their lifetime. Approximately 2 million people travel to Mekkah each year, from all over the world. They wear special clothing, simple white garments which strip away distinctions of class and culture. All stand equal before Allah. The rites of Hajj include circling the Ka'baa seven times, going seven times between the mountains of Safa and Marwa, as did Hagar during her seach for water. Then the pilgrims stand together on the wide plain of Arafa and join in prayers for Allah's forgiveness, in what is often thought of as a preview of the Last Judgement. The end of Hajj is marked by a festival, the "Eid al-Adha", which is celebrated with prayers and the exchange of gifts in Muslim communities everywhere. This, and the "Eid al-Fitr", a feast-day commemorating the end of Ramadan, are the main festivals of the Muslim calendar.